Perisian NoQue terdapat 2 kategori.

  1. Percuma – Dilengkapi dengan fungsi asas POS
  2. Berbayar – Semua fungsi asas dan tambahan fungsi untuk mentadbir dan mengurus perniagaan anda.

Untuk mendaftar akaun, sila layari ke https://signup.noque.io untuk mulakan dengan akaun percuma. Kami hanya perlukan email anda.

Kemudian anda akan diminta untuk mengesahkan alamat email anda. Sila dapatkan PIN keselamatan yang dihantar ke email anda.

Selepas pengesahan email, anda diminta untuk melengkapkan maklumat perniagaan anda.

Selepas maklumat perniagaan anda dikemaskini, satu email akan dihantar yang mengandungi akses kepada akaun anda.

Jika anda tidak terima email diatas, sila semak ruangan Spam pada email anda.