March 11, 2024
Boleh guna dibanyak tablet/terminal ?

Boleh tiada halangan. Untuk NoQue PRO anda boleh jana akaun pengguna khusus untuk setiap terminal. Ini membantu untuk memantau aliran jualan setiap terminal.

March 11, 2024
Saya ada PC lama, boleh bantu install kan ?

Boleh, kita boleh bantu untuk install dengan caj minima. Sila WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.

March 11, 2024
Apa berlaku jika saya tidak bayar yuran langgan ?

Anda masih boleh gunakan dalam mod percuma. Hanya akses kepada NoQue PRO tidak boleh digunakan.

March 11, 2024
Boleh keluar penyata untung rugi ?

Tidak. NoQue direka khusus untuk merekod jualan sahaja. Ia bukan sebuah sistem perakaunan. NoQue menyediakan laporan yang boleh dimuat turun dan boleh digunakan dalam Microsoft Excel.

March 10, 2024
iPad atau Mac boleh guna ?

Tiada halangan untuk menguna produk dari Apple. Tetapi kami tidak menyokong sistem dari Apple. Jika ada sebarang masalah kami tidak dapat membantu anda. Kami hanya sokong Windows dan Android.

March 10, 2024
Boleh guna tablet/komputer lama ?

Boleh! NoQue memang direka dengan matlamat kitar semula. Jika anda ada tablet atau komputer lama, anda boleh tukar ia menjadi sebuah POS.

March 10, 2024
NoQue boleh digunakan offline ?

Tidak. NoQue memerlukan sambungan internet yang stabil untuk berfungsi. Sekurang-kurangnya 4G dengan kelajuan 3Mbps. Ini kerana fungsi-fungsi masa nyata NoQue yang memerlukan data dikemaskini di cloud dengan segera.

Back to top